Saturday, 16 August 2014

Urusan Van Sewa dan Koperasi Keluarga

Assalamualaikum..

Seharian berjalan, window shopping dan part paling aku teruja harini adalah .....jeng jeng jeng..!!!






Seperti yang aku jeng jeng jeng kan diatas, ptg tadi aku ada meeting dengan Tuan Syukri daripada Subang untuk urusan sewa van aku.Tgk la picture bawah nie. Van nie adalah kepunyaan keluarga dan aku telah diamanahkan untuk menjalankan urusan sewa kenderaan. Ini kerana aku telah ada pengalaman dalam urusan tersebut sebelum ini dengan menyewakan kenderaan aku secara kecil-kecilan sblm tertubuhnya Akureka Ventures ini.


Sepeteng bersama keluarga beliau yang membuatkan aku begitu kagum adalah KOPERASI KELUARGA yang keluarga beliau telah usahakan sendiri diatas kesepakatan antara ahli..Ahli Koperasi adalah AHLI KELUARGA itu sendiri..Mengikut cerita Tuan Syukri sendiri, beliau adalah daripada keturunan yang telah membuka penempatan SUBANG...wowww!!..Dia adalah generasi ketiga.

Hebat bukan jika ada keluarga yang sepakat dan bersatu mcm tue...semua bole kita lakukan sehingga adanya koperasi keluarga sendiri.. Kebetulan mereka ada mesyuarat keluarga dan aku terlibat sekejap untuk membincangkan urusan sewa van bagi projek perniagaan perhotelan. Daripada apa yang aku dengar, mereka juga mendapat syer individu dan dibayar oleh koperasi tersebut berupa dividen.hebat!

Moral of the story, jika kita mempunyai keluarga yang ramai,perkara utama adalah KESEPAKATAN perlu disemai dulu sebelum melangkah jauh. Tak perlu ada sifat dengki mendengki, tamak dan sebagainya.

Harap perbincangan mengenai projek Van Sewa ini akan menemui jalan yang terbaik kerana ia akan disusuli dengan Kontrak jangka masa panjang.

amin...

No comments:

Post a Comment