Wednesday, 25 November 2015

#‎assalam‬

Pondok Pak Ya
==============
Korang masih igt lagi ke tragedi Kebakaran Sekolah Agama kat Yan suatu ketika dulu yg dikenali Pondok Pak Ya??

Selepas lebih dua dekad, keluarga 27 pelajar Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah yang terkorban dalam kebakaran pada 1989, berkumpul dan memperingati tragedi tersebut.

Diceritakan,
Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 Sept itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung bersama 27 penuntut, manakala enam berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan kecederaan lain termasuk patah pinggang.
Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat Hartini Awang, 35, berkata program berkenaan membuatkan beliau terkenang ramai kawan karibnya yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Katanya beliau nekad meredah api yang marak bagi menyelamatkan diri, mengakibatkannya mengalami lecur di tangan dan muka.

"Selepas berjaya keluar dari asrama itu saya melihat semua lapan bangunan asrama yang kami tinggal terbakar," katanya yang kini bekerja di Jabatan Perangkaan di Sungai Petani.
Yusof Lebai Hassan, 72, pula tidak dapat menahan sebak apabila mengingati adik bongsunya Maryani yang terkorban dalam kejadian itu.

Katanya ketika kejadian, arwah adiknya itu baru berusia 14 tahun.


"Saya masih ingat seminggu sebelum kejadian arwah minta duit belanja kerana dia tak dapat balik ke rumah kami di Sungai Ibor, Gurun," katanya.
===================================================
korang tk gerun ke dgn kebakaran??
jgn main giler woii dgn api..kecik bole la korang timang2..besar,bole mkn diri..
‪#‎alatpemadamapi‬
‪#‎safety‬
‪#‎AlFatihah‬

www.facebook.com/AkurekaVentures 

Wednesday, 18 November 2015

Assalam dn Salam Sejahtera.

2 Tips yg ingin dikongsi hari nie.

- PERIKSA alat pemadam api uolll secara berkala. 2 bulan sekali pun ok dh..

- Setiap kali diperiksa, pastikan GONCANG botol tersebut. Sebab nak pastikan dry powder tersebut sentiasa moving(elak jadi beku).

pegi periksa dan goncang cepat alat pemadam api masing2..

atau masih takde lagi kepunyaan sendiri???? emmmmm

#periksa
#goncang

harap bermanfaat.
http://m.facebook.com/AkurekaVentures

Monday, 6 July 2015

 

Rezeki baby baru di bulan Ramadhan

Assalamualaikum geng,

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Kehadiran baby baru memberi sinar dan membuka pintu rezeki utk kita lebih berkerja lebih kuat. Bnyk gak job2 dapat semasa dok sorang kt KL nie.. Semua dh celik Keselamatan kebakaran kot.. tk pun, diorg semata2 nk apply lesen..Aishhh..tk leh gitu..kena educate lg nie.

Penat memang la penat, tapi berbaloi dapat hantar, dapat pasang sendiri alat pemadam api kat tempat customer. Mengenal pelanggan sendiri. 

Senarai Tempat sepanjang bulan Ramadhan.

1. Medisina Sdn Bhd
2. Paradigm Ocean Printing
3. Lab IVF Sdn Bhd
5. Mr. Chong
6. Musrizal
7. Qara Engineering Sdn Bhd.

Tue aje la buat masa nie..tgk2 la pic kt bwh.

Pakat2 share la ngan kwn2 tentang service kami nie hah.

Meh LIKE page kami nie : 

http://www.facebook.com/AkurekaVentures


Call kami 0192733277 or 0108240207

Monday, 18 May 2015

Seharian Berkampung Di JMTI..

Assalamulaikum geng..

Nie nk kongsi skit pengalaman pertama aku ber'talk' atas pentas pada Majlis Alumni bersama pelajar2 semester 1 dan 1 di Japan-Malaysia Technical Inst.(JMTi) pada hari Sabtu lepas.

Ketaqqq lutut baq angg!!!

Tapi kerana menyahut cabaran rakan2 dari Bersatu Group, aku gagahkan jgk..JMTI nie bkn asing bagi aku kerana aku adalah produk JMTI..bnyk kenangan kt sini..rasanya tk salah curahkan balik bakti yg aku dpt dulu dengan ilmu dan kata2 semangat kt diorg..semangat la sangat kan!!

Alhamdulillah, penerimaan sangat baik sbbnya masing2 berkobar2 nak berkongsi dan berikan tips2 menarik sepanjang sesi nie.

Aku mcm biasa la akan kongsikan bisnes online aku..cer klik sini www.facebook.com/AkurekaVentures  bisnes online aku nie hah..
walaupun aku pun terkuntang kanting lg dlm bisnes nie,aku rasa mcm tk bersalah je kongsikan tip2 yg aku kutip dr guru2 FB aku. Aku jual Fire Extinguisher. Sape kacau aku spray dia ngan FE nie..abam share tau.

Penerimaan sangat baik..dan aku harap diorg dpt la apa aku nk smpkan..semoga manfaat ye dik..abam pun bnyk melalut pun.

Ingat pesan abam, persahabatan hendaklah dikekalkan smp bila2 sebab itu la antara org akan menolong kita satu hari nanti.

Akhir kata dr abam, padam api dengan Fire Extinguisher, jangan dengan hanya tiupan sahaja kerana ia pasti akan marak.

Sekian dari abam Fire Extinguisher.